Tsunami Melanda Jepun

      Gempa Bumi yang terjadi pada Mac 11 adalah yang terburuk dalam sejarah Jepun dengan 8.9 skala richter telah mengakibatkan tsunami besar setinggi 10 meter di Sendai, Jepun.

             Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pihak berkuasa Jepun tidak membenarkan pengunjung memasuki ke kawasan pemindahan pada jarak sekitar 20 kilometer dari loji itu."Pergerakan terhad juga dikuatkuasa pada jarak 20 hingga 30 kilometer dari kawasan loji nuklear itu dan kemungkinan besar kawasan utara loji berkenaan akan turut mengalami pemindahan berjadual yang ditetapkan pihak berkuasa Jepun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

          
           

          Gelombang air berlumpur melanda seluruh kawasan di Sendai, Jepun termasuk Lapangan Terbang Tokyo. Gempa bumi dan Tsunami ini juga mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan utara Jepun itu.






             Ramai orang terkandas di stesen keretapi dan banyak premis/bangunan putus bekalan elektrik. Banyak kapal, kereta dan rumah dihanyutkan dan kebakaran menjadi tidak terkawal.

          

             Di Tokyo pusat bandar, bangunan-bangunan besar bergetar dengan kuat dan pekerja dituangkan ke jalan untuk keselamatan. tayangan televisyen menunjukkan bangunan besar di atas api dan asap pekik di daerah Odaiba Tokyo.






             Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

                Selain itu, Jepun juga melepaskan bahan radioaktif dari loji tenaga nuklearnya. Semua orang tahu bahayanya sisa radioaktif yang dibebaskan. Penduduk yang berada di sepanjang 3 kilometer dari loji tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati.
                  Sejak kejadian itu ,Rakyat Malaysia dinasihati tidak berkunjung ke daerah Fukushima di Jepun kecuali jika mempunyai urusan penting sahaja kerana status loji nuklear Fukushima Daiichi masih dalam keadaan serius.

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN.....

"Jepun dilanda gempa bumi lagi; tiada  ancaman tsunami"  Ya, Satu gempa bumi  sekuat 6.3 pada skala Richter melanda Tokyo  12 April , menggegarkan bangunan-bangunan di ibu negara dan mengakibatkan perkhidmatan kereta api bawah tanah terhenti.
             Menurut agensi meteorologi Jepun, gegaran tersebut berlaku pada pukul 8.08 pagi waktu tempatan (9.08 pagi waktu Malaysia) di perairan Chiba, timur Tokyo.Bagaimanapun ia tidak mencetuskan amaran tsunami.  Perkhidmatan kereta api laju, Shinkansen turut menghentikan operasinya ke arah utara akibat gegaran tersebut.



TSUNAMI ITU TELAH  MERAGUT  RIBUAN NYAWA, HARAP NEGARA KITA DAPAT MENGELAKKAN PERISTIWA INI...